Friday, January 11, 2013


KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam, ini dapat dilihat dari beberapa sebab:

1.    Islam telah menjadikan akhlak sebagai illat (alasan) kenapa agama Islam diturunkan. Hal ini jelas dalam sabda Rasulullah: Maksudnya: Aku diutus hanyalah semata-mata untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia.
2.   Islam menganggap orang yang paling tinggi darjat keimanan ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. Dalam hadis telah dinyatakan: Maksudnya: Telah dikatakan Ya Rasulullah, mukmin yang manakah paling afdhal imannya, Rasulullah s.a.w. bersabda orang yang paling baik akhlaknya antara mereka.
3.    Islam telah mentakrifkan “Addin” dengan akhlak yang baik. Dalam hadis telah dinyatakan bahawa telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Maksudnya: Apakah Addin itu? Sabda Rasulullah, akhlak yang baik Ini bererti bahawa akhlak itu dianggap sebagai rukun Islam.
4.    Islam menganggap bahawa akhlak yang baik adalah merupakan amalan yang utama dapat memberatkan neraca amal baik di akhirat kelak. Hal ini telah dinyatakan dengan jelasnya dalam hadis Rasulullah: “Perkara yang lebih berat diletakkan dalam neraca hari akhirat ialah takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”.
5.   Dalam ajaran Islam dinyatakan bahawa mereka yang berjaya memenangi kasih sayang Rasulullah dan mendapat sesuatu kedudukan yang hampir dengan Rasulullah pada hari akhirat ialah orang yang lebih baik akhlaknya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Maksudnya: Yang paling aku kasihi di antara kamu dan yang paling dekat kedudukannya padaku di hari akhirat orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu”.



Buat tatapan kita bersama..

Jika akhlak suatu bangsa,
Indah dan baik budi bahasa,
Selamat umatnya seluruh nusa,
Menjadi bangsa kuat perkasa.

Tetapi jika budipekerti,
Rosak di luar rosak di hati,
Pasti umatnya hancur dan mati,
Demikian balasan Rabbul Izzati.



Definisi Dan Ciri-Ciri Akhlak Islam

Definisi Akhlak

Akhlak menurut bahasa: Berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku, perangai atau tabiat.

Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran. "Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah s.a.w yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.

Akhlak menurut stilah:
Menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu."
Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan."


Ciri-ciri Akhlak Islam
1.    Islam menyeru agar manusia menghiasi jiwa dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri dari akhlak yang buruk. Yang menjadi ukuran baik dan buruknya adalah syarak, iaitu apa yang diperintahkan oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang buruk.
2.   Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas meliputi segala perbuatan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk selain manusia.
3.   Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlaknya.
4.    Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang berakhlak buruk akan mendapat dosa atau disiksa dalam neraka.


Kebaikan Dan Keburukan Akhlak Menurut Islam

Kriteria Ukuran Baik Dan Buruk Akhlak Dalam Islam
1.    Menepati syariat islam.
2.    Mendapat keredhaan Allah s.w.t.
3.    Balasan syurga dan neraka.
4.    Keserasian antara zahir dan batin

AKHLAK DALAM PERSPEKTIF AL-QUR’AN DAN AL-HADIS

*   Akhlak yang sempurna mestilah selari dengan al-Qur'an dan as-sunnah, karana dengan akhlak mulia, seorang muslim akan meraih kesempurnaan dalam imannya.

*      Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Qalam: 4:
y7¯RÎ)ur 4n?yès9 @,è=äz 5OŠÏàtã ÇÍÈ
Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.  (Surah al-Qalam: 4)

*      Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
 Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. (Riwayat Abu Daud)

KEPENTINGAN AKHLAK

Akhlak amatlah penting kepada kehidupan manusia kerana:
1.  Akhlak amat besar pengaruh dan kesannya terhadap tindak tanduk dan gerak langkah seseorang. Baik dan buruknya perlakuan seseorang adalah bergantung kepada nilai akhlak mereka.
2.    Untuk meningkatkan insaniah insan sehingga ke tahap sesuatu ummah insaniah yang benar benar tinggi dan berkualiti.
3. Untuk keharmonian, kesejahteraan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan semua anggota dalam masyarakat dari pelbagai lapisan dan darjat satu kedudukan.
4.  Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain.


Hubungan Manusia Dengan Allah
*      Ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah s.w.t ialah :
§     Beriman kepada Allah: iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud        serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya.
§    Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah: iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.
§    Sentiasa bertaubat dengan Tuhannya: iaitu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu meminta taubat atas kecuaiannya.
§        Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dan nawafil.
§       Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah: Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya."


Hubungan Manusia Sesama Manusia
*      Ciri-ciri penting akhlak manusia dengan manusia :
§      Akhlak dengan Rasulullah: iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa nabi Muhammad saw adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan risalah kepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnah yang baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan.
§     Akhlak dengan ibu bapa: iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa. Berbuat baik di sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah laku. Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanya dan menjaga keperluan hidupnya apabila mereka telah uzur dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud: "Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa."
§    Akhlak dengan guru: Maksud dari sebuah hadith Nabi saw: "Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya." Setiap murid dikehendaki memuliakan dan menghormati gurunya kerana peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu yang merupakan perkara penting di mana dengan ilmu tersebut manusia dapat menduduki tempat yang mulia dan terhormat dan dapat mengatasi berbagai kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia ataupun di akhirat.
§    Akhlak suami isteri: Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan gaulilah olehmu isteri-isteri itu dengan baik."
§       Akhlak dengan anak-anak: Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Kanak-kanak lelaki disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan baik-baik dan dihindarkan ia daripada perkara-perkara yang memudharatkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pengajaran dan pendidikan akhlak yang baik."


Hubungan Manusia Dengan Makhluk Lain
*      Ciri-ciri penting akhlak manusia terhadap makhluk selain manusia:
§        Malaikat: Akhlak Islam menuntut seseorang muslim supaya menghormati para malaikatdengan menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lain yang melihat.
§   Haiwan ternakan: Haiwan yang digunakan untuk membuat kerja, maka tidak boleh mereka dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya atau disakiti. Malah ketika hendak menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah penyembelihan dilakukan dengan cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam, tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan di samping haiwan-haiwan yang lain.
§ Haiwan bukan ternakan: tidak menganiayai haiwan-haiwan bukan ternakan seperti mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya.
§  Alam: Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi kebaikan bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemari dengan kekotoran yang boleh merosakkan kehidupan manusia dan kehidupan lainnya.

KONSEP AKHLAK DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU MUSLIM

Konsep Akhlak

*      Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk.

*  Islam merangkumi aqidah, dan syariat itu mengandungi roh akhlak. Akhlak adalah roh kepada risalah Islam, sementara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut. Ini bererti Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa.

*      Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Islam itu akhlak yang baik".

*      Begitu juga sabda Baginda yang bermaksud:
"Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia."

PERBAHASAN MENGENAI PENYAKIT HATI (SIFAT MAZMUMAH)

SOMBONG DAN TAKABBUR

Pengertian Sombong dan Takabbur

*    Menurut pengertian bahasa takabbur bererti sombong. Sombong adalah sifat manusia yang menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain. Ketika orang merasa bangga dengan apa yang dimilikinya (ujub) dan menganggap orang lain lebih rendah dari dirinya, maka hal itu disebut sombong atau angkuh.
*   Sifat takabbur ini biasanya muncul dalam diri seseorang kerana merasa bangga dengan ilmu yang dimilikinya, harta, kecantikan, kedudukan, dan sebagainya.

Dalam kehidupan sehari-hari sifat takabbur dapat terlihat dalam bentuk aktivitas seperti berikut;
§        Riak (pamer), suka memuji diri, dan membanggakan dirinya.
§       Meremehkan orang lain.
§      Suka mencela dan menjatuhkan orang lain.
§      Memalingkan muka ketika bertemu orang lain.
§      Berlebihan dalam berpakaian dan berpenampilan.


Kesan Negatif Dari Sifat Sombong Dan Takabbur Dalam Kehidupan
Sifat sombong dan takabbur dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
a)    Takabbur kepada Allah.
b)    Takabbur kepada Rasulullah.
c)    Takabbur kepada sesama manusia.

*      Takabbur kepada Allah.
§  Takabbur kepada Allah berupa sikap tidak mahu mempedulikan ajaran-ajaran Allah, memandang ringan ancaman Allah, dan sebagainya.

§      Akibat yang diperoleh dari sikap takabbur terhadap Allah dijelaskan dalam al-Quran surat al-Mu’min (40) ayat 60:
 A$s%ur ãNà6š/u þÎTqãã÷Š$# ó=ÉftGór& ö/ä3s9 4 ¨bÎ) šúïÏ%©!$# tbrçŽÉ9õ3tGó¡o ô`tã ÎAyŠ$t6Ïã tbqè=äzôuy tL©èygy_ šúï̍Åz#yŠ ÇÏÉÈ
            Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan            bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". (Surah al-Mu’min: 60)

*      Takabbur kepada Rasulullah.
§  Takabbur kepada Rasulullah berupa keengganan mengikuti ajaran-ajaran Rasulullah dan mengabaikan pengajaran-pengajaran dari hadis-hadis Nabi.
§        Takabbur kepada Rasulullah sama hukumnya dengan takabbur kepada Allah.
§    Akibat negatif yang akan diterima seseorang yang bersikap takabbur kepada Rasulullah di antaranya tidak akan diakui sebagai umat Nabi.

§        Rasulullah Saw. bersabda:
Ertinya: “Barang siapa yang mengangkat senjata melawan kami, maka tidak termasuk golongan kami, dan barang siapa yang menipu (membenci) kami, maka tidak termasuk golongan kami”. (HR. Muslim)

*      Takabbur kepada sesama manusia.
§  Adapun takabbur terhadap sesama manusia biasa kita lakukan dalam kehidupan sehari-hari seperti yang tercermin dalam bentuk-bentuk tindakan seperti disebutkan di atas, misalnya riak, merendahkan orang lain, berjalan dengan angkuh, dan lain-lainnya. Dalam salah satu ayat al-Quran Allah berfirman:
tŸwur öÏiè|Áè? š£s{ Ĩ$¨Z=Ï9 Ÿwur Ä·ôJs? Îû ÇÚöF{$# $·mttB ( ¨bÎ) ©!$# Ÿw =Ïtä ¨@ä. 5A$tFøƒèC 9qãsù ÇÊÑÈ
            Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan          janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (Surah Luqman: 18)


Secara Umumnya Kesan Negatif Dari Sifat Sombong Dan Takabbur
1.      Takabbur membuat seseorang menjadi rendah dalam pandangan Allah dan makhluk-Nya.
2.  Orang yang merasa dirinya lebih tinggi dari orang lain (sombong), maka akan sulit mencapai darjat dalam bidang keilmuan dan kearifan. Sebaliknya dia akan tersungkur dalam kebodohan yang berlipat-lipat, sebab dia sulit berkonsultasi dengan orang lain.
3.    Takabbur juga akan merosakkan pergaulan manusia serta merenggangkan tali silaturrahim dan tolong-menolong.


Cara Menghindari Sifat Sombong Dan Takabbur
1.    Seseorang yang takabur harus banyak membaca ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi yang mengutuk sifat takabbur dan menjelaskan akibat buruknya bagi manusia.
2.    Seseorang yang takabur harus selalu mengingati bahayanya yang sangat buruk, sehingga penyakit takabur ini benar-benar dijauhkan dari kehidupannya.
3.    Seseorang yang sudah terjangkit dengan sifat takabur harus benar-benar berusaha untuk memeranginya, meskipun harus melakukan hal-hal yang tidak disukainya, sehingga sifat takabur itu sedikit demi sedikit akan hilang dari dirinya.