Buat
Renungan Kita Bersama..
Hati-hati di dalam pertuturan
Hati-hati di dalam pergaulan
Kerana hati-hati kita kadang-kadang
boleh tergelinicir menjadi hati-hati
yang sakit....
Untuk memelihara hati yang sakit
dekatkanlah dan lunakkanlah hati
dengan kalimah yang suci
biasa dan lazimkan diri dengan menyebut
"zikrullah"
moga hati-hati yang "mati"
akan dibaja dengan siraman "kalimah
suci"
dan hati-hati ini akan menjadi lunak
dan bersedia menerima kelebihan dan
kekurangan diri
dan orang lain.
Tidak ada guna mencari kesilapan
Tetapi bersama-samalah memperbaiki
kesilapan
kerana tidak ada manusia yang sempurna
kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT
Tidak perlu berbangga diri dengan kelebihan
yang dimiliki
kerana itu pun milik Allah
dan kita hanya dipinjamkan dengan
kesempurnaan itu
tiada pangkat, tiada harta, tiada rupa yang
akan menghadap pengadilan Allah
tetapi amal ibadat yang akan menghadap
pengadilan Ilahi
Manusia itu tidak dipandang tinggi darjat
dan kedudukannya kerana
memiliki harta, pangkat dan kedudukan
tetapi manusia itu di pandang tinggi di
sisi Allah kerana
"KETAQWAANNYA" kepada Illahi.
No comments:
Post a Comment