PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
Faktor-Faktor Dalaman Yang Menyebabkan
Keruntuhan Akhlak
1. Individu yang hidup dalam keluarga yang tidak
mengamalkan cara hidup yang berakhlak, maka jiwanya akan terdidik dengan
tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang tidak baik.
2. Permasalahan keluarga yang melibatkan ibu bapa
contohnya pergaduhan dan perceraian boleh membawa kepada permasalahan sosial
seperti lari dari rumah.
3. Mengikut hawa nafsu. Nafsu adalah anugerah
Allah s.w.t kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan diri
manusia yang melaksanakan hasrat nafsu manusia. Manusia yang terlalu menurut
kehendak nafsunya akan terdorong untuk melakukan keburukan.
Faktor-Faktor Luaran Yang Menyebabkan
Keruntuhan Akhlak
1. Kehadiran teknologi canggih dalam media massa
sama ada bercetak atau elektronik juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam
pembentukan akhlak seseorang iaitu melalui adegan-adegan ganas dan berunsur
seks yang boleh merosakkan jiwa mereka.
2. Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling
juga merupakan faktor yang membentuk keperibadian dan akhlak seperti tingkah
laku, tutur kata dan cara bertindak. Menyertai rakan sebaya mahupun
kumpulan yang rosak akhlaknya juga boleh membawa kepada pergaulan bebas,
perzinaan, pengambilan dadah, pelacuran (bohsia) dan seumpamanya.
3. Budaya masyarakat yang cenderung ke arah
liberalisme juga membawa masyarakat kini mudah terjebak dengan budaya rock,
rap, lepak dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment