ZUHUD
Pengertian
Zuhud ialah meninggalkan ketamakan dalam urusan
keduniaan sehingga lupa ketaatan kepada Allah s.w.t, serta lalai untuk mencari
bekalan hidup di akhirat nanti, inilah pengertian bagi zuhud di dunia.
Zuhud juga ialah meninggalkan kesenangan duniawi
untuk mencapai kesenangan akhirat, meninggalkan segala yang haram dan menjauhi
perkara yang makruh dan syubhat.
Pengertian lain bagi zuhud ialah mencari
kemewahan dunia yang tidak melalaikan ibadat dan kewajipan terhadap Allah
s.w.t.
Menurut imam Ghazali dalam bukunya Ihya: hakikat zuhud bukanlah meninggalkan
harta benda dan mengorbankannya pada jalur sosial untuk menarik perhatian
manusia, itu menurut beliau hakikatnya hanyalah sebahagian dari perhiasan adat,
namun sama sekali tidak ada hubungannya dengan nilai ibadah, kerana hal ini
biasanya dimulai dengan niat mengharapkan ganti yang lebih atau kerana ingin
dikenal dalam suatu hubungan sosial, juga kerana ingin pujian supaya dikenali
sebagai seorang dermawan dan sebagainya.
Firman Allah s.wt:
$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä w (#qãBÌhptéB ÏM»t6ÍhsÛ !$tB ¨@ymr& ª!$# öNä3s9 wur (#ÿrßtG÷ès? 4 cÎ) ©!$# w =Ïtä tûïÏtF÷èßJø9$# ÇÑÐÈ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah
kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
melampaui batas. (Surah al-Maidah: 87)
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Andai aku memiliki segunung Uhud,
nescaya tidaklah membuatku gembira kerana kehadiran tiga malam kepadaku. Dan
sesungguhnya bagiku ada sekadar dirinya (iaitu hanya bahagian yang ku sediakan
buat agamaku)”. (Riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment