PENYELESAIAN DAN PENDEKATAN MASALAH
AKHLAK MASA
1. Menguatkan nilai-nilai aqidah dan
keimanan dalam jiwa.
2. Mengawal pancaindera daripada melihat
atau mendengar perkara-perkara yang membangkitkan atau menguatkan syahwat dan
hawa nafsu yang menjadi punca segala sifat buruk dan keji.
3. Mempelajari huraian atau penjelasan
al-Quran dan Hadis serta penafsirannya oleh para ulama mengenai akhlak terpuji
untuk membersihkan jiwa.
4. Melatih diri dengan membiasakan
perbuatan-perbuatan baik seperti ibadah berupa solat, puasa dan lain-lain dan
menjauhkan diri daripada segala perbuatan buruk dan keji.
5. Berkawan dan berjiran dengan orang-orang
yang berakhlak mulia kerana kawan atau jiran memberi kesan atau pengaruh dalam
pembinaan akhlak seseorang.
6. Mempelajari kehidupan para nabi, sahabat,
ulama atau awliya dan menjadikan kehidupan mereka sebagai contoh teladan dalam
kehidupan kita.
7. Dalam segala tindak tanduk kita hendaklah
sentiasa mengikuti dan menggunakan akal fikiran dan janganlah mengikut perut
dan hawa nafsu kita.
8. Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah s.w.t
agar dilengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan mendapatkan perlindungan
daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment