HASAD DENGKI
Pengertian
Hasad, atau sifat kedengkian
adalah satu keadaan psikologi seseorang yang menginginkan agar seseorang yang lain
ditarik semula rezeki, kelebihan, bakat, kurniaan dan kemuliaan yang dimiliki (mahsud).
Firman Allah s.w.t:
ôQr& tbrßÝ¡øts }¨$¨Z9$# 4n?tã !$tB ÞOßg9s?#uä ª!$# `ÏB ¾Ï&Î#ôÒsù ( ôs)sù !$oY÷s?#uä tA#uä tLìÏdºtö/Î) |=»tGÅ3ø9$# spyJõ3Ïtø:$#ur Mßg»oY÷s?#uäur %¸3ù=B $VJÏàtã ÇÎÍÈ
Atau patutkah mereka dengki
kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan
ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah
kurniaNya? (Surah
an-Nisa’: 54)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jangan kamu bersikap dengki,
kerana dengki itu melenyapkan kebaikan seperti api yang membakar kayu”
Penyebab Dan Motif Hasad
Al-Allamah al-Majlisi telah menyatakan bahawa
terdapat beberapa sebab wujudnya hasad. Sebab-sebab ini adalah seperti berikut:
Permusuhan: Hasad boleh disebabkan oleh
permusuhan. Contohnya, permusuhan dengan keluarga yang lain boleh menyebabkan
kita cemburu dengan kejayaan mereka.
Perasaan besar diri: Perasaan besar diri, dan
menyangka dirinya berkuasa akan menyebabkan timbul hasad apabila ada orang lain
yang mencabar kekuasaannya.
Bangga Diri: Apabila melihat orang lain, yang
dilihat sebagai tidak setaraf dengan dirinya mendapat sesuatu, keadaan ini akan
menimbulkan hasad.
Sifat kejam dan ganas: Seorang manusia yang
ganas tidak menyukai orang lain menikmati apa sahaja kebaikan. Orang seperti
ini sentiasa menyambut berita gembira yang diperoleh oleh orang lain dengan
perli, sifat pesimis dan kutukan.
Kesan Buruk Hasad
Menghasilkan kejahatan seperti kemunafikan,
mengumpat, mengugut, menyeksa dan berbagai lagi dosa besar.
Menyebabkan hati manusia begitu gelap sehingga
ia memberi kesan kepada dunia dalam dan luar seseorang itu. Hasad yang ada di
dalam hati itu menyebabkan si pendengki menjadi buta kepada kemuliaan yang
dimiliki oleh orang yang didengki dan menyebabkan beliau sentiasa tidak gembira
dengan kurniaan Allah kepada yang didengki.
Hati menjadi sedih dan tertekan, dada menjadi
sempit dan sesak dan wajah menjadi serius dan tidak gembira. Lebih kuat keadaan
ini, maka lebih banyaklah cahaya keimanan akan hilang dari hati.
Cara Menghindari Sifat Hasad Dengki Dalam
Diri
Paksa diri kamu untuk berkasih sayang dengan
mahsud. Kebaikan kamu akan mengubati hasad yang ada di dalam hati kamu. Dalaman
hati kamu akan menyuruh kamu berbuat jahat kepada mahsud. Lawanlah bisikan ini
dan berbaiklah dengan dia. Kamu mesti menghormatinya, dan lama kelamaan, yakinkan
hati kamu untuk melakukan perkara ini.
Lihatlah kemuliaan yang beliau miliki sebagai
rezeki Allah kepadanya. Paksa diri kamu untuk memuji dirinya, dan memastikan
kualiti miliknya diketahui oleh orang lain.
Yakinkan diri kamu, bahawa kelebihan yang ada
pada mahsud adalah kurniaan Allah padanya, dan mungkin ada sebabnya Allah memilih
beliau untuk memiliki kelebihan ini, yang kamu tidak memilikinya (sekarang).
No comments:
Post a Comment