KONSEP AKHLAK DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU
MUSLIM
Konsep Akhlak
Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada
bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan
kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana
setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau
terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain
ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika
baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan
ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan
itulah akhlak yang buruk.
Islam merangkumi aqidah, dan syariat itu
mengandungi roh akhlak. Akhlak adalah roh kepada risalah Islam, sementara
syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut. Ini bererti Islam tanpa
akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Islam itu akhlak yang baik".
Begitu juga sabda Baginda yang bermaksud:
"Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain
daripada akhlak yang mulia."
No comments:
Post a Comment