KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM
Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi
dalam Islam, ini dapat dilihat dari beberapa sebab:
1. Islam telah menjadikan akhlak sebagai
illat (alasan) kenapa agama Islam diturunkan. Hal ini jelas dalam sabda
Rasulullah: Maksudnya: Aku diutus hanyalah semata-mata untuk menyempurnakan
akhlak-akhlak yang mulia.
2. Islam menganggap orang yang paling tinggi
darjat keimanan ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. Dalam hadis telah
dinyatakan: Maksudnya: Telah dikatakan Ya Rasulullah, mukmin yang manakah
paling afdhal imannya, Rasulullah s.a.w. bersabda orang yang paling baik
akhlaknya antara mereka.
3. Islam telah mentakrifkan “Addin” dengan
akhlak yang baik. Dalam hadis telah dinyatakan bahawa telah bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. Maksudnya: Apakah Addin itu? Sabda Rasulullah, akhlak yang
baik Ini bererti bahawa akhlak itu dianggap sebagai rukun Islam.
4. Islam menganggap bahawa akhlak yang baik
adalah merupakan amalan yang utama dapat memberatkan neraca amal baik di
akhirat kelak. Hal ini telah dinyatakan dengan jelasnya dalam hadis Rasulullah:
“Perkara yang lebih berat diletakkan dalam neraca hari akhirat ialah takwa
kepada Allah dan akhlak yang baik”.
5. Dalam ajaran Islam dinyatakan bahawa
mereka yang berjaya memenangi kasih sayang Rasulullah dan mendapat sesuatu
kedudukan yang hampir dengan Rasulullah pada hari akhirat ialah orang yang
lebih baik akhlaknya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Maksudnya:
Yang paling aku kasihi di antara kamu dan yang paling dekat kedudukannya padaku
di hari akhirat orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu”.
Buat
tatapan kita bersama..
Jika akhlak suatu bangsa,
Indah dan baik budi bahasa,
Selamat umatnya seluruh nusa,
Menjadi bangsa kuat perkasa.
Tetapi jika budipekerti,
Rosak di luar rosak di hati,
Pasti umatnya hancur dan mati,
Demikian balasan Rabbul Izzati.
Definisi Dan Ciri-Ciri Akhlak Islam
Definisi Akhlak
Akhlak menurut bahasa: Berasal daripada
perkataan 'khulq' yang bererti perilaku, perangai atau tabiat.
Maksud ni terkandung dalam kata-kata
Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Akhlaknya
(Rasulullah) adalah al-Quran. "Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam
kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah
laku Rasulullah s.a.w yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.
Akhlak menurut stilah:
Menurut
Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam
jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan
pertimbangan terlebih dahulu."
Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa
seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan
akal fikiran terlebih dahulu."
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, "Akhlak ialah kehendak yang
dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan."
Ciri-ciri Akhlak Islam
1. Islam menyeru agar manusia menghiasi jiwa
dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri dari akhlak yang buruk. Yang
menjadi ukuran baik dan buruknya adalah syarak, iaitu apa yang diperintahkan
oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang
buruk.
2. Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas
meliputi segala perbuatan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan
manusia dengan makhluk selain manusia.
3. Islam menghubungkan akhlak dengan
keimanan. Orang yang paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik
akhlaknya.
4. Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala
atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang berakhlak buruk akan mendapat
dosa atau disiksa dalam neraka.
Kebaikan Dan Keburukan Akhlak Menurut
Islam
Kriteria Ukuran Baik Dan Buruk Akhlak
Dalam Islam
1. Menepati syariat islam.
2. Mendapat keredhaan Allah s.w.t.
3. Balasan syurga dan neraka.
4. Keserasian antara zahir dan batin
ada daftar pustakanya ga?
ReplyDeleteTulisannya bagus, tapi sayang gak ada referensinya
ReplyDelete