KEPENTINGAN AKHLAK
Akhlak amatlah penting kepada kehidupan
manusia kerana:
1. Akhlak amat besar pengaruh dan kesannya
terhadap tindak tanduk dan gerak langkah seseorang. Baik dan buruknya perlakuan
seseorang adalah bergantung kepada nilai akhlak mereka.
2. Untuk meningkatkan insaniah insan
sehingga ke tahap sesuatu ummah insaniah yang benar benar tinggi dan
berkualiti.
3. Untuk keharmonian, kesejahteraan,
kedamaian, keamanan dan kebahagiaan semua anggota dalam masyarakat dari pelbagai
lapisan dan darjat satu kedudukan.
4. Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi
segenap perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia sama ada hubungan
manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia
dengan makhluk lain.
Hubungan Manusia Dengan Allah
Ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah s.w.t
ialah :
§ Beriman kepada Allah: iaitu mengakui,
mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta beriman dengan
rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di samping meninggalkan sebarang
sifat atau bentuk syirik terhadapnya.
§ Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk,
taat dan patuh kepada Allah: iaitu melaksanakan segala perintah dan
meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.
§ Sentiasa bertaubat dengan Tuhannya: iaitu
apabila seseorang mukmin itu terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan
yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu meminta
taubat atas kecuaiannya.
§ Melaksanakan perkara-perkara yang wajib,
fardhu dan nawafil.
§ Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah:
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Apabila mendapat kesenangan dia
bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya."
Hubungan Manusia Sesama Manusia
Ciri-ciri penting akhlak manusia dengan manusia
:
§ Akhlak dengan Rasulullah: iaitu beriman
dengan penuh keyakinan bahawa nabi Muhammad saw adalah benar-benar nabi dan
Rasul Allah yang menyampaikan risalah kepada seluruh manusia dan mengamalkan
sunnah yang baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan.
§ Akhlak dengan ibu bapa: iaitu berbuat
baik (berbakti) ke pada ibu bapa. Berbuat baik di sini mengandungi erti
meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah laku. Contohnya berkata
dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanya dan menjaga
keperluan hidupnya apabila mereka telah uzur dan sebagainya. Firman Allah swt
yang bermaksud: "Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapa."
§ Akhlak dengan guru: Maksud dari sebuah
hadith Nabi saw: "Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya."
Setiap murid dikehendaki memuliakan dan menghormati gurunya kerana peranan guru
mengajarkan sesuatu ilmu yang merupakan perkara penting di mana dengan ilmu
tersebut manusia dapat menduduki tempat yang mulia dan terhormat dan dapat
mengatasi berbagai kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia ataupun di
akhirat.
§ Akhlak suami isteri: Firman Allah swt
yang bermaksud: "Dan gaulilah olehmu isteri-isteri itu dengan baik."
§ Akhlak dengan anak-anak: Islam menetapkan
peraturan terhadap anak-anak. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Kanak-kanak
lelaki disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama
dengan baik-baik dan dihindarkan ia daripada perkara-perkara yang
memudharatkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pengajaran dan
pendidikan akhlak yang baik."
Hubungan Manusia Dengan Makhluk Lain
Ciri-ciri penting akhlak manusia terhadap
makhluk selain manusia:
§ Malaikat: Akhlak Islam menuntut seseorang
muslim supaya menghormati para malaikatdengan menutup kemaluan walaupun
bersendirian dan tidak ada orang lain yang melihat.
§ Haiwan ternakan: Haiwan yang digunakan
untuk membuat kerja, maka tidak boleh mereka dibebani di luar kesanggupan
mereka atau dianiaya atau disakiti. Malah ketika hendak menyembelih untuk
dimakan sekalipun, maka hendaklah penyembelihan dilakukan dengan cara yang
paling baik iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam, tidak mengasah pisau di
hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan di samping haiwan-haiwan yang
lain.
§ Haiwan bukan ternakan: tidak menganiayai
haiwan-haiwan bukan ternakan seperti mencederakannya dengan menggunakan batu
dan sebagainya.
§ Alam: Manusia diperintahkan untuk
memakmurkan sumber-sumber alam demi kebaikan bersama. Islam menetapkan bahawa
alam ini tidak boleh dicemari dengan kekotoran yang boleh merosakkan kehidupan
manusia dan kehidupan lainnya.
No comments:
Post a Comment